WARKAH SKRIN

cetusan pemikiran dalam jaringan

ma ra'yi?(blog)

Ada apa dengan populasi dunia?

Posted by warkahskrin at 02:22 PM on September 28, 2009

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,

 

 


Pagi itu, sebelum sahur, saya cuba membelek sebuah peti besi yang dipanggil sebagai televisyen. Saya cuba mencari-cari siaran televisyen yang berbaloi untuk mata saya menontonnya.

 

 


Akhirnya, hati saya terdetik untuk memilih rancangan World Debate di siaran BBC. Tajuknya kali ini berkaitan dengan populasi dunia.

 

 


Apa yang saya tertarik untuk dikongsi bersama ialah kupasan oleh salah seorang ahli panel dari Amerika Syarikat. Isi yang disentuhnya cukup bernas.

 

 


Beliau menimbulkan persoalan tentang apa yang sepatutnya ditumpukan dalam krisis populasi dunia, dan adakah yang dimaksudkan dengan krisis populasi dunia hanya berlegar dalam lingkungan masyarakat dunia ketiga seperti Afrika dan Asia Tengah?

 

 


Jika hendak diambil kira dari aspek kesan terhadap alam sekitar, maka penduduk Eropah dan negara-negara maju adalah golongan yang paling banyak memberi kesan terhadap alam sekitar.

 

 


Jika hendak diatasi masalah populasi dunia dengan mengawal bilangan penduduk dunia, maka penduduk di Eropah yang seharusnya dikurangkan. Bukan penduduk dunia ketiga kerana mereka memberi kesan minimum terhadap alam sekitar.

 

 


Malah, sebenarnya jumlah pengeluaran makanan untuk populasi dunia semakin bertambah pada setiap tahun.

 

 

 

 

 


Kuliah Doktor Rababaah

 

 


Situasi ini mengingatkan saya kepada apa yang diterangkan oleh Dr. Rababaah dalam salah satu kuliahnya untuk subjek Natural Resource and Human.

 

 


Terdapat dua definisi untuk populasi dunia.

 

 


Pertama : Optimum.

 

 


Jika setiap penduduk dunia perlu mempunyai keperluan asas yang optimum seperti makanan yang benar-benar menepati diet dan tempat tinggal yang betul-betul selesa, maka populasi dunia sebenarnya telah melebihi had.

 

 


Kedua : Minimum.

 

 


Jika setiap penduduk dunia perlu mempunyai keperluan asas yang hanya cukup untuk meneruskan kehidupan seperti biasa, maka dunia masih boleh bertahan dengan populasi yang ada sekarang. Kita tidak sepatutnya mempunyai krisis populasi dunia.

 

 

 

 


Penyelesaian

 

 


Wahai bijak pandai dan para intelektual sekalian, apa penyelesaiannya?

 

 

Sebenarnya, setiap masalah itu telah disediakan manual pencegahan tersendiri. Jika panduan atau manual tersebut tidak dipatuhi, maka masalah seperti ini akan muncul.

 

 


Apakah masalah yang sebenar?

 

 


Seperti yang dinyatakan sebelum ini, jumlah makanan bertambah setiap tahun. Namun, masih ada manusia yang tak cukup makan.

 

 

 


Kehidupan manusia berbeza. Ada golongan yang sangat selesa dengan kehidupan mereka, ada sekelompok manusia lain pula yang belum pernah merasai apatah lagi menghayati erti kehidupan dan keperluan hidup yang sempurna.

 

 


Inilah masalahnya. Harta dunia itu tidak mengalir ke tempat yang sepatutnya. Harta dunia tidak dirasai oleh manusia yang ada hak ke atasnya.

 

 


Manual pecegahan masalah ini telah ada 1400 tahun lebih dahulu.

 

 

Itulah tuntutan pembayaran zakat yang telah ditulis dalam Al-Quran, dilaksanakan oleh Nabi Muhammad S.A.W. dan diteruskan oleh para sahabat.

 

 


Zakat itu kena pada istilah bahasanya, penyucian. Penyucian harta orang-orang yang mampu, penyucian jiwa orang-orang yang menghulurkan dan membantu, penyucian hati orang-orang miskin daripada buruk sangka terhadap orang kaya, penyucian jiwa orang-orang fakir daripada berputus asa terhadap Tuhannya, penyucian manusia daripada dosa yang berkaitan dengan harta dan penyucian manusia daripada api neraka.


 

 

Zakat menstabilkan dunia, membawa kita ke syurga.



 

 

 

 

Categories: antarabangsa

Post a Comment

Already a member? Sign In

1 Comment

Reply asrulhadi
04:21 AM on October 02, 2009
benar...! kezaliman makin bermaharajalela... ape tindakan kita?
ALLAH menyebut dalam kitabNYA..."apabila dtg kebenaran, kebatilan akan lenyap dengan sendirinya"
so...same2 hidupkan kebaikan supaya keburukan serta kebatilan bakal terhapus dgn bantuanNYA...amin!

Welcome

Recent Forum Posts

No recent posts.

Recent Blog Entries

by warkahskrin | 1 comments
by warkahskrin | 4 comments
by warkahskrin | 2 comments
by warkahskrin | 0 comments

Featured Products

No featured products

Recent Videos

Recent Photos

  

Newest Members

afficionado_addin90@yahoo.comkakak yg comel;p