WARKAH SKRIN

cetusan pemikiran dalam jaringan

ma ra'yi?(blog)

Tidak salah bertanya

Posted by warkahskrin at 03:32 PM on August 28, 2009

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,


Hari itu, aku pulang seorang dari universiti.


Aku yang masih baru lagi dengan pegangkutan universiti, memberanikan diri untuk pulang menaiki bas hospital yang baru.


Oleh kerana ketika itu bulan Ramadhan, keletihan itu kurang terasa dengan menaiki bas biru yang berhawa dingin itu.


Apa yang aku tahu, bas hospital menurunkan penumpang di Stesen Baru Amman, manakala bas lama menurunkan penumpang di Stesen Syeikh Khalil.


Selepas kira-kira 10 minit, iaitu waktu yang singkat berbanding bas lama yang mengambil masa sehingga setengah jam, aku pun turun di Stesen Baru Amman. Selalunya, para penumpang yang turun di situ akan mengambil teksi ke Jalan Universiti, iaitu tempat tinggal kebanyakan pelajar. Namun, oleh kerana aku hanya seorang diri, aku ingin menjimatkan sedikit wang, aku enggan menaiki teksi.


Sebaliknya, aku cuba mencari coaster dari situ untuk ke Jalan Universiti, siapa tahu, mungkin lebih murah tambangnya.


Setelah memerhati sekeliling, aku pun terlihat sebuah coaster yang tertera di tepinya "Universiti Yarmouk". Tempat tinggal aku di Jalan Universiti memang hampir dengan Universiti Yarmouk. Tanpa melengahkan masa, aku pun segera menaiki bas tersebut.


Aku duduk di kerusi paling belakang, bersebelahan dengan seorang pemuda arab dalam lingkungan 30-an. Beberapa minit kemudian, bas pun mula bergerak.


Aku menyandarkan belakangku, melepaskan segala keletihan. Selang beberapa minit kemudian, konduktor coaster bangun utuk mengutip tambang. Kebiasaannya, tambang sekitar Irbid dalam lingkungan 15 hingga 30 qurush. Namun, apa yang menghairankan aku, semua penumpang memberikan wang kertas 1 dinar hingga ke 5 dinar kepada konduktor bas itu. Sebagai tidak mahu menyusahkan hati, aku anggap mereka semua tidak membawa duit kecil.


Namun, sesampai sahaja konduktor bas itu di hadapanku, aku bertanya, "Berapa?". Lalu dia pun menjawab "1 dinar 30 qurush". (Sebenarnya 1 dinar lebih, tapi aku tak ingat sangat berapa qurush)


Terkejut. Namun, aku menyembunyikan kejutan itu dalam hatiku. "Ni nak pergi Jalan Universiti atau nak ke mana ni?," bisikku sendirian.


Mujurlah aku ada duit, aku hanya bayar sahaja tambang itu.


Coaster bergerak jauh. Jalan-jalan yang ditempuhnya, tak pernah aku lihat. Bukan jalan yang biasa untuk pulang ke rumah. Tambahan pula, pemuda arab sebelah aku membaringkan diri untuk melelapkan matanya. Selalunya, pemuda arab jarang terlena dalam perjalanan pulang ke Jalan Universiti.


Setelah kira-kira 20 minit, pemuda arab sebelahku terjaga.


Dalam kegusaran hati aku, aku memberanikan diri untuk bertanya. "Saudara, coaster ni sebenarnya ke mana?"






Lalu dia pun menjawab, "Amman".


"Ha!". Rupa-rupanya kegusaran dan persoalan yang bermain di fikiran ku terjawab juga. Coaster ini bukan menghala ke Jalan Universiti, tempat tinggal aku tapi coaster ini membawa kami ke Amman, ibu negara Jordan yang terletak kira-kira 100km dari Irbid.


Kepala aku mula pening. Apa yang aku patut buat?


Aku kembali berkata kepada pemuda itu tadi, "Tapi, di tepi coaster ni tertulis Universiti Yarmouk."


"Oh, memang. Coaster ini akan ke Universiti Yarmouk, tapi selepas ke Amman terlebih dahulu," lelaki itu menjawab kembali, menambahkan lagi kerisauan aku.


Ini bermaksud, coaster ini akan pergi ke Amman dahulu, kemudian baru kembali ke Irbid kemudiannya.


Aku tidak tahu apa yang perlu aku buat. Dalam suasana hanya seorang sahaja malizi (orang Malaysia) dalam coaster di negara Jordan, sesat pula.



Bersambung...



Categories: isu umum, kisah musafir

Post a Comment

Already a member? Sign In

1 Comment

Reply suhaib
04:28 PM on August 28, 2009
haha..
kan best pengalaman sesat di negara orang..
byk pengajaran oo..he3

Welcome

Recent Forum Posts

No recent posts.

Recent Blog Entries

by warkahskrin | 1 comments
by warkahskrin | 4 comments
by warkahskrin | 2 comments
by warkahskrin | 0 comments

Featured Products

No featured products

Recent Videos

Recent Photos

  

Newest Members

kakak yg comel;pafficionado_addin90@yahoo.com