WARKAH SKRIN

cetusan pemikiran dalam jaringan

al-muqaddimah (pengenalan)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

 

Siapa yang buat laman web ini?

Ahmad Hidayat Hasni bin Mad Isa

Sebab?

Nak interaksi dangan kawan-kawan, nak jalankan dakwah siber..dakwah bentuk baru. Isi dakwah sama macam nabi bagi, pendekatan lain. Metod? Sama

Beri pengenalan diri serba sedikit.

Nama saya Ahmad Hidayat Hasni bin Mad Isa

Umur? 17 tahun (20 Disember 1990)

Sekolah lagi? Sudah tamat persekolahan. Sekolah terakhir? Sekolah Izzuddin Shah,Ipoh.

Tinggal di mana? Ipoh

Hobi? Melayari internet, baca buku, menonton tv.

Mana dapat inspirasi nak buat laman web ni?

Inspirasi tu lama dah, cuma tak laksana. Ini pun kena perlahan-lahan dulu. Tak boleh laju sangat, sebab ada kerja lain juga nak buat. Bukan apa, sebenarnya, dakwah tu kena buat di mana-mana pun. Jadi, saya selalu melayari internet, apa salahnya saya buat satu laman web untuk dakwah. Betul tak?

Betul. Bagus la tu. Dalil?

Allah ada firman yang bermaksud, "ajaklah ke jalan Tuhanmu dengan bijak dan nasihat yang baik."

apa cita-cita?

cita-cita saya untuk jadi doktor perubatan,insyaAllah. Doa-doakanlah. Saya juga berhasrat untuk menubuhkan  rangkaian hospital yang mesra ibadat dan mesra dakwah.

Apa maksud mesra ibadat dan mesra dakwah?

Mesra ibadat ialah suasana hospital yang ada solat jama'ah atau sekurang-kurangnya para pelawat ada kemudahan yang cukup senang untuk menjalankan ibadat seperti solat umpamanya. Selain itu, pelaksanaan terhadap ibadat juga dibuat seperti kakitangan hospital yang tiada tugasan perlu solat jema'ah sekali, hidupkan malam-malam dengan ibadat dan pelbagai lagi. Selain itu, kakitangan hospital juga perlu menghadiri majlis-majlis ilmu atau perlu lengkap dengan hafazan al-quran dan hadith-hadith nabi.

Mesra dakwah pula ialah suasana hospital yang mengajak kepada agama serta pelaksanaan kerohanian dalam agama. sebagai contoh, para pegawai perubatan dan kakitangan hospital perlu menggalakkan para pesakit dengan menyatakan tentang pertolongan Allah dan sebagainya. 

Wallahua'alam (Allah knows the best)

 

Komitmen lain :

Laman blogspot : Warkah Skrin edisi blogspot

 -Laman blogspot ini adalah blog sementara saya. Saya akan menggunakan laman blogspot ini apabila terdapat gangguan pada webhost www.webs.com. Oleh itu, segala artikel akan dimuatkan ke dalam laman ini sementara menunggu penambahbaikan yang dibuat oleh webhost.

 

 

 Detik waktu :

 

 

 

Apa kata anda?

 

 Bilangan pelawat yang meninjau "al-muqaddimah" setakat ini :

 

 

Welcome

Recent Forum Posts

No recent posts.

Recent Blog Entries

by warkahskrin | 1 comments
by warkahskrin | 4 comments
by warkahskrin | 2 comments
by warkahskrin | 0 comments

Featured Products

No featured products

Recent Videos

Recent Photos

  

Newest Members

kakak yg comel;pafficionado_addin90@yahoo.com